Tuesday, 28 December 2021

CARA MENGGUNAKAN MEDIA SOSIAL

Kita boleh mengambil beberapa langkah untuk membuat laman media sosial kita lebih bermanfaat. Berikut adalah beberapa idea.Tip pertama ini adalah sangat penting untuk memberi diri kita sedikit masa untuk berehat tanpa melayari sebarang media sosial. Satu kajian mendapati bahawa peserta yang mengehadkan penggunaan media sosial mereka kepada 10 minit sehari selama tiga minggu melaporkan pengurangan tahap kemurungan dan kesepian mereka, berbanding dengan mereka yang menggunakannya seperti biasa. Anda boleh menyah pasang aplikasi media sosial pada telefon anda sama sekali, atau mengehadkan masa anda dengan menggunakan aplikasi seperti ‘Forest’ . Jika anda menggunakan media sosial di komputer anda, muat turun Sambungan Google seperti ‘StayFocusd’ untuk menyekat mana-mana laman web yang anda mahukan.

Gunakan Media Sosial dengan Kesedaran Laman media sosial kita mendedahkan kita kepada amat banyak maklumat secara berterusan. Ini menimbulkan kesukaran untuk kita bersifat peka ataupun sedar dalam hidup seharian kita. Ini boleh memberi kesan buruk kepada kesejahteraan kita. Berikut adalah beberapa amalan yang boleh dilakukan supaya anda sentiasa peka dengan aktiviti anda di media social.


• Berhati-hati dengan siapa yang anda ikuti.

Akaun siapa yang membuat anda berasa marah dan sinis tentang dunia? Yang membuat anda rasa tidak selamat atau iri hati? Luangkan masa untuk melihat senarai orang/akaun yang anda mengikuti, dan perhatikan perasaan anda terhadap setiap akaun, sama ada ia platform berita, “influencer” atau rakan. Tinggalkan atau “unfollow” akaun yang bersifat negatif, supaya anda ada lebih ruang dan masa untuk akaun yang positif.

• Tetapkan niat anda

Sebelum anda klik secara automatik pada sesuatu aplikasi, tanya diri anda: mengapa anda ingin membuka aplikasi ini, dan bagaimanakah saya akan respon pada hantaran yang saya lihat? Ini akan membolehkan anda mengenali bila anda hanya memakai media sosial untuk membuang masa dan mengelakkan emosi negatif diri sendiri, dan bila anda menggunakan media sosial untuk berinteraksi secara positif.

• Perhatikan pemikiran anda

Apabila anda membaca atau melihat hantaran yang keluar di feed anda, peka dengan perasaan yang bermain di fikiran anda. Adakah anda mencipta cerita sendiri di sebalik apa yang anda lihat? Adakah anda menilai seseorang itu secara negatif berdasarkan cerita rekaan tersebut? Ataupun adakah cerita tersebut merendahkan keyakinan diri anda? Tanyalah diri anda apakah perasaan yang tertimbul, dan mengapa anda merasa begitu. Walaupun ia perasaan yang negatif, jangan melawannya. Cuba bersabar dan fikirkan mengapa perasaan itu tertimbul dengan hantaran tertentu.

• Ketahui cara menangani komen negatif

Memuat naik pemikiran, gambar atau hasil ciptaan anda boleh meresahkan anda kerana mesti ada seseorang yang akan menilai atau meninggalkan komen negatif. Sama ada mereka sengaja ingin menyakiti anda ataupun mereka hanya tidak bersetuju dengan anda, ada cara untuk menghadapi situasi ini dengan tenang dan bijak. Cuba untuk tidak mengambil komen negatif secara peribadi. Kebanyakan masa, komen negatif lebih mencerminkan sikap orang yang meninggalkannya, bukan orang yang menerimanya. Anda mungkin berasa buruk tentang diri anda, tetapi ingat bahawa mereka bercakap berdasarkan perasaan, kepercayaan, dan pandangan dunia mereka sendiri. Bawa bertenang, tarik nafas, dan berfikir sebelum membalas. Tanya diri anda jika apa yang mereka katakan adalah benar. Sekiranya komen memberikan kritikan yang sah, anda mungkin dapat mempelajari sesuatu yang baru. Tapi jika orang yang memberi komen itu hanya ingin memberi kutukan secara tidak adil dan sikap yang negatif, anda tidak perlu memperdulikannya.

• Menjawab dengan menggunakan fakta

Balas dengan pendapat yang logik (berdasarkan fakta), dan balas dengan penuh kesopanan dan kesabaran. Anda tidak akan menukarkan pemikiran mereka dengan respon yang marah atau menyakitkan hati, jadi jangan terlalu beremosi. Jika mereka masih enggan menerima pendapat anda, tak ada masalahnya. Anda telah memberi penjelasan anda dengan ikhlas, dan itu yang terbaik boleh anda lakukan.

• Perhatikan komen positif

Ia sangat mudah untuk kita fokus pada komen negatif dan melupakan semua rakan yang menyokong anda. Bukan semua orang akan menyukai apa yang kita buat, sama ada di laman sosial atau dalam kehidupan tak mengapa. Selagi anda yakin siaran anda memberi manfaat kepada anda dan pengikut anda, percayalah dalam diri anda.

• Berlatih empati secara dalam talian

Kita semua mempunyai tanggungjawab untuk menjadikan komuniti dalam talian lebih positif. Ini beberapa cara untuk menjadi lebih ramah dan empati dalam talian: Berhubung dengan niat baik. Gunakan media sosial dengan niat untuk mendekati orang lain. Banyak orang mungkin lebih senang berkongsi tentang diri mereka di sebalik skrin, jadi anda boleh cuba berbual dengan lebih mendal. Beri sokongan dan komen yang positif kepada rakan media sosial anda. Sekiranya seseorang memuat naik sesuatu yang sedih, hubungi mereka dengan penuh perhatian dan empati. Biarkan mereka tahu anda sedia untuk mendengar jika mereka perlukan rakan untuk berbual.

• Tanya sebelum muat naik

Sekiranya anda mempunyai gambar rakan-rakan anda yang ingin anda kongsikan, tanya pada mereka sebelum anda menyiarkannya. Kadang-kadang, anda mungkin memalukan mereka secara tidak sengaja atau berkongsi sesuatu yang peribadi, jadi sebaiknya tanya mereka terlebih dahulu. Media sosial adalah alat yang menakjubkan, jika digunakan dengan betul. Kami harap tip kami dapat membantu anda! Beritahu kami jika anda mempunyai tips dan cara anda sendiri untuk menggunakan media sosial secara positif.




No comments:

Post a Comment

INDEKS / ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA 1 Penghargaan 2 Pengenalan 3 Objektif 4 Jenis-jenis media sosial 5 Kebaikan media sosial 6 Keburukan media sosial ...