BIL PERKARA
1 Penghargaan
2 Pengenalan
3 Objektif
4 Jenis-jenis media sosial
5 Kebaikan media sosial
6 Keburukan media sosial
7 Cara menggunakan media sosial
8 Kesimpulan
9 Rujukan
10 Lampiran
BIL PERKARA
1 Penghargaan
2 Pengenalan
3 Objektif
4 Jenis-jenis media sosial
5 Kebaikan media sosial
6 Keburukan media sosial
7 Cara menggunakan media sosial
8 Kesimpulan
9 Rujukan
10 Lampiran
Saya Thineshni a/p Thiyagarajan ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Dina bt Abdul Khalik iaitu pensyarah kami untuk matapelajaran Nilai Masyarakat Malaysia (MPU23042), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada saya. Beliau juga banyak membantu saya sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Selain itu, beliau juga memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar cara–cara membuat kerja kursus mengikut kriteria yang ditetapkan. Beliau turut membantu menyemak data, laporan dan membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang. Akhir kata saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali.
Media merupakan alat atau pengantara dalam komunikasi ataupun perhubungan. Manakala sosial bermaksud segala hal yang berkaitan dengan kemasyarakatan (Teuku Iskandar, 2007). Oleh itu, media sosial secara mudahnya membawa erti instrument sosial dalam berkomunikasi dan juga media sosial mendefinisikan sebagai sebuah kelompok aplikasi berasaskan internet yang membangun di atas dasar ideologi dan teknologi web dan yang memungkinkan penciptaan dan pertukaran user-generated content.
Secara umumnya saya membahagikan E-folio ini kepada beberapa bahagian dan aspek untuk kefahaman semua.Pertama sekali , pengenalan secara keseluruhan tentang tajuk saya iaitu kebaikan dan keburukan media sosial. Seterusnya, diikuti dengan jenis-jenis media sosial, kebaikan dan keburukan media sosial.
Objektif tugasan ini ialah :
. Mengenal pasti tahap pemahaman pelajar tentang media sosial.
. Menerangkan tentang kebaikan dan keburukan penglibatan masyarakat dalam media sosial.
. Menentukan pengaruh media sosial dalam kehidupan generasi kini.
. Menentukan pengaruh internet sebagai salah satu faktor berlakunya media sosial.
. Menerangkan cara menangani masalah media sosial.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 media mendefiniskan sebagai alat komunikasi atau alat perhubungan seperti radio, televisyen dan surat khabar.
Sosial ialah kata yang merujuk kepada hal-hal yang berkaitan masyarakat atau kemasyarakatan.
Oleh itu, media sosial membawa erti instrumen sosial dalam berkomunikasi. Media sosial adalah sebuah media atas talian dan penggunaanya dengan mudah boleh berkomunikasi dengan cara atau melalui blog-blog, wiki, forum dan jejaring sosial. Jenis-jenis media sosial yang terdapat ialah facebook, whatsapp, google+, hangouts, twitter, Instagram ,wechat, kakaotalk, flickr, Deviantart, habbo, telegram, snapchat, skype, youtube, netflix, linkedin dan lain-lain.
Jumlah pengguna Internet di negara ini menunjukkan peningkatan kepada 25.08 juta pengguna, mewakili 79 peratus penduduk Malaysia. Daripada jumlah berkenaan 75 peratus menggunakan perkhidmatan media sosial dan memperuntukkan purata tiga jam sehari di laman media sosial. Kajian terbabit adalah sebahagian daripada hasil Laporan Digital 2018 yang dikeluarkan Hootsuit dan We Are Social. Laporan berkenaan turut mendedahkan jumlah pengguna Internet meningkat sembilan peratus berbanding tahun lalu, menjadikan Malaysia sebagai negara ke-9 dunia paling aktif di laman sosial. Malaysia juga berada di tangga ke-5 dunia dari segi pengunaan e-dagang terbanyak, dengan 40 peratus penduduk Malaysia pernah mengadakan transaksi atas talian. Ini merupakan kali ketujuh laporan berkenaan diterbitkan. Secara keseluruhannya, penguna internet sudah telah mencecah lebih empat bilion di seluruh dunia. Ia meningkat kepada tujuh peratus sejak 12 bulan yang lalu, mewakili 53 peratus daripada populasi dunia. Penggunaan sosial media secara global pula mencecah 3.196 bilion pengguna, meningkat 13 peratus sejak 12 bulan. Selain itu, pengguna media sosial secara mudah alih pula meningkat 14 peratus berbanding tahun lepas kepada 2.958 bilion pengguna dengan 93 peratus mengakses sosial media melalui telefon pintar.
Pada era globalisasi ini, kemajuan teknologi yang merentas masa dan jarak yang dahulunya mustahil tetapi kini tidak lagi telah mewujudkan pelbagai teknologi yang berkait rapat dengan kehidupan kita. Antaranya adalah laman media sosial di mana kita boleh bersosial atau berhubung dengan seseorang dengan hanya menggunakan teknologi seperti telefon pintar dan jalur lebar pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Corak perhubungan manusia sudah tiada penghalang kerana kita mampu menghubungi secara "real time" atau bermaksud masa sebenar hasil daripada kemajuan aplikasi yang dibangunkan bagi memudahkan komunikasi dan perhubungan antara manusia. Pewujudan aplikasi-aplikasi sosial media ini telah memberi pelbagai faedah kepada pengguna-penggunanya.
. Dapat berhubung dengan kenalan
Kebaikan utama menggunakan laman sosial adalah kita dapat berhubung dengan kenalan kita dan juga mendapat kenalan baru. Laman sosial seperti Facebook telah memberikan satu dimensi baru dalam bersosial antara manusia di mana kita boleh berkawan dengan rakan kita dan boleh berkongsi apa yang kita merasakan sesuai seperti gambar. la boleh menjadi tempat di mana satu hari atau detik istimewa dalam hidup kita untuk dikongsikan di laman sosial dan boleh disimpan serta dilihat semula kelak sebagai memori kita. Panggilan video melalui aplikasi seperti Whatsapp juga telah membolehkan kita berinteraksi secara bersemuka dengan kenalan kita tidak kira di mana kita berada selagi kita mempunyai sambungan jalur lebar. Oleh itu, media sosial telah memudahkan cara komunikasi antara kita tidak kira ahli keluarga, rakanrakan sekolah atau rakan sekerja kita.
. Dapat menambah pengetahuan
Selain itu, media sosial amat berfaedah kepada kita kerana mampu menambah pengetahuan kita dari segi pelbagai perkara. Pengguna dapat bertukar pandangan, cadangan dan berkongsi ilmu baru melalui rangkaian alam maya ini. Agensi wartawan atau berita juga telah menggunakan media sosial di mana berita-berita terkini atau isu terkini dapat disampaikan secara terus tapa menunggu siaran berita di televisyen. Tambahan pula, perkongsian ilmu di laman sosial tidak terhad kepada penulisan sahaja, pendekatan seperti video telah menjadikan laman sosial lebih interaktif dan bermanfaat kepada kita. Laut ditimba tak akan kering, begitulah perumpamaan peribahasa Melayu di mana pengajian ilmu pengetahuan itu tidak akan habis selagi hayat dikandung badan.
. Dapat memberikan dimensi baru dalam bidang perniagaan
Media sosial juga telah memberikan dimensi baru dalam bidang perniagaan di mana promosi dan produk dapat diketengahkan kepada golongan sasaran menggunakan kos yang lebih rendah dan mudah. Jika dahulu kos pengiklanan di televisyen atau papan tanda di jalan raya boleh mencecah ribuan ringgit tetapi kemudahan teknologi har ini hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya pengusaha-pengusaha dalam menguasai cara atau ilmu mempromosi produk menggunakan media sosial. Pengusaha hendaklah kreatif dalam menyampaikan imej produk mereka dan boleh berkongsi testimoni-testimoni daripada pelanggan terdahulu tentang produk anda sebagai strategi mempromosi produk di laman sosial media.
. Dapat mencari kenalan baru
Melalui media sosial juga, kita boleh mencari kenalan baru yang berkongsi hobi atau minat yang sama. Sebagai contoh, ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak mereka menyertai kumpulan atau aktiviti seperti berbasikal yang dianjurkan oleh kelab atau persendirian di laman sosial media. Mereka boleh mengikuti perkembangan anak-anak mereka yang berbasikal dengan perkongsian gambar atau video oleh penganjur kelab tersebut di mana ibu bapa akan menjadi lebih tenang dalam memastikan anak-anak mereka meluangkan masa dalam perkara yang bermanfaat. Sekiranya minat anak-anak dalam hobi yang sihat menjadi semakin berkembang maka ibu bapa wajar menyokong dan menggunakan platform media sosial in untuk berkongsi bakat mereka kerana mampu menjana pendapatan sampingan atau menarik minat penaja.
Kesimpulannya, penggunaan media sosial dengan bijak mampu memberikan kebaikan yang berganda kepada kehidupan kita. Penerapan etika yang baik dan mempelajari pendekatan interaktif dalam aplikasi-aplikasi media sosial adalah perkara utama dalam memanfaatkan laman media sosial. Maka, setiap pihak terutamanya ibu bapa hendaklah bersama-sama celik ilmu dalam menggunakan sosial media agar anak-anak juga memanfaatkan penggunaannya dengan sebaik mungkin. Seperti peribahasa Melayu, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi yang membawa maksud jika ibu bapa menunujukkan teladan baik maka baiklah perangai anakanak mereka jika sebaliknya maka buruklah akibatnya.
Pada masa ini, penggunaan media sosial melalui internet amat popular di Malaysia. Media sosial seperti “Facebook”, “My Space”, “Frienster”, dan sebagainya mendapat perhatian masyarakat di negara ini. Penggunaannya yang mudah serta senang diakses oleh masyarakat merupakan antara kelebihannya. Terdapat sesetengah anggota masyarakat yang telah menjadikan penggunaan media sosial di internet ini sebagai medium untuk mengisi kekosongan waktu mereka. Hal ini disebabkan oleh aplikasi yang terdapat di media sosial yang canggih dapat menarik perhatian masyarakat. Secara tidak langsung, penggunaan media sosial ini memberikan kesan terhadap gaya hidup masyarakat
. Boleh menyebabkan fitnah dan mudah disebarkan
Penggunaan media sosial seperti “Facebook” yang meluas dalam kalangan masyarakat boleh menyebabkan fitnah dan mudah disebarkan kepada semua pengguna laman sosial tersebut. Sebagai contohnya, negara kita pernah digemparkan dengan satu berita perceraian yang berlaku dalam akaun facebook. Hal ini telah mendapat kritikan daripada majoriti rakyat Malaysia yang menyifatkan bahawa perbuatan sedemikian amat memalukan kita kerana telah mencemarkan keluhuran peribadi sebagai penganut agama Islam. Selain itu, implikasi seperti itu telah menyebabkan segelintir pengguna aplikasi tersebut yang tidak bertanggungjawab dan mencetuskan kontroversi di alam maya, sehingga mengaibkan seseorang. Jelaslah bahawa penggunaan laman sosial akan menghakis semangat persaudaraan serta mencemarkan kedaulatan negara sebagai negara yang disegani dan berintegriti.
. Berlakunya banyak penipuan pemalsuan
Kesan lain penggunaan media sosial melalui internet menyebabkan berlakunya banyak penipuan atau pemalsuan. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kes penipuan yang berlaku terutamanya dalam kalangan remaja perempuan. Perkara ini disebabkan oleh mereka yang baru dikenalinya melalui media sosial. Mereka biasanya akan mengikut semua kemahuan yang diminta oleh rakan dalam laman sosial tersebut. Sebagai contohnya, perkara ini berlaku apabila pasangan dalam laman sosial menghantar sistem pesanan ringkas(sms) untuk membuat temu janji dengan menyatakan tempat dan masanya. Seterusnya, remaja perempuan tersebut akan pergi ke tempat yang telah dinyatakan tanpa berfikir panjang. Namun demikian, setibanya di tempat yang dinyatakan oleh kenalan laman sosial itu, mereka mungkin ditipu dan ada juga yang telah menjadi mangsa rogol.
. Melahirkan masyarakat yang beku dan lalai
Penggunaan media sosial juga melahirkan masyarakat yang beku dan lalai dalam melakukan sesuatu tugasan. Kepelbagaian aplikasi yang menarik seperti permainan yang terdapat dalam laman sosial mampu menarik minat pengguna media sosial tersebut. Hal ini menyebabkan pengguna akan berasa seronok sehingga leka dan lalai untuk menyempurnakan urusan mereka. Tambahan pula, penggunaan media sosial juga memberikan kesan kepada prestasi kerja dan pelajaran dalam kalangan anggota masyarakat. Hal ini akan menyebabkan negara kita mengalami kebejatan idea untuk meningkatkan prestasi negara. Golongan pelajar yang menjadi tunjang kecemerlangan negara tidak dapat dilahirkan ekoran penggunaannya yang melalaikan masyarakat. Oleh itu, penggunaan media sosial akan melahirkan tenaga kerja yang kurang berkualiti.
. Tersebarnya pengaruh atau unsur pornografi daripada barat ke dalam kehidupan
Keburukan penggunaan media sosial yang seterusnya ialah tersebarnya pengaruh atau unsur pornografi daripada Barat ke dalam kehidupan masyarakat. Unsur pornografi mudah didapati di laman sesawang internet. Unsur pornografi seperti bahan bacaan, gambar, dan video mudah diakses dan disebarkan oleh pengguna laman sosial tersebut. Hal ini demikian kerana, laman sosial seperti “Facebook” dan “My Space” diakses bukan sahaja oleh rakyat Malaysia malahan seluruh penduduk di dunia. Selain itu, budaya Barat seperti “Black Metal”, “Punk”, “Gothic”, dan “Skin Head” akan menular dalam pemikiran remaja di Malaysia. Perkara ini akan mempengaruhi remaja untuk meniru budaya sehingga wujud budaya hedonisme dan gengsterisme di sekolah. Jelaslah bahawa penggunaan laman sosial dapat mempengaruhi pemikiran anak muda sehingga menghakis nilai-nilai moral masyarakat.
Penggunaan media sosial juga memberikan kesan kepada kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Kedaulatan bahasa Melayu akan tercemar ekoran daripada kemunculan bahasa slanga atau lebih dikenali sebagai bahasa rojak. Penggunaan bahasa rojak dalam kalangan masyarakat amat membimbangkan cendekiawan bahasa di Malaysia kerana penggunaanya semakin meluas. Penularan bahasa rojak ini akan menghakis keaslian dan nilainilai estetika bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara kita. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa penggunaan teknologi ini boleh mencemarkan kedaulatan bahasa Melayu yang menyebabkan kita seperti ditelan mati emak, diluah mati bapak.
Kesimpulannya, penggunaan media sosial melalui internet memberikan kesan terhadap corak kehidupan masyarakat di Malaysia. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk mengelakkan kesan buruk akibat penggunaannya kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Selain itu, masyarakat perlu mempunyai disiplin dan ketahanan diri bagi mengubah corak hidup dengan menggunakan laman sosial itu untuk kegunaan yang baik dan aktivitiaktiviti yang bermanfaat bagi meningkatkan kecekapan minda masyarakat supaya menjadi minda kelas pertama. Masyarakat juga perlu memastikan penggunaan teknologi ini dapat diseimbangkan tanpa berlaku pengeksploitasian dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia.
Kita boleh mengambil beberapa langkah untuk membuat laman media sosial kita lebih bermanfaat. Berikut adalah beberapa idea.Tip pertama ini adalah sangat penting untuk memberi diri kita sedikit masa untuk berehat tanpa melayari sebarang media sosial. Satu kajian mendapati bahawa peserta yang mengehadkan penggunaan media sosial mereka kepada 10 minit sehari selama tiga minggu melaporkan pengurangan tahap kemurungan dan kesepian mereka, berbanding dengan mereka yang menggunakannya seperti biasa. Anda boleh menyah pasang aplikasi media sosial pada telefon anda sama sekali, atau mengehadkan masa anda dengan menggunakan aplikasi seperti ‘Forest’ . Jika anda menggunakan media sosial di komputer anda, muat turun Sambungan Google seperti ‘StayFocusd’ untuk menyekat mana-mana laman web yang anda mahukan.
Gunakan Media Sosial dengan Kesedaran Laman media sosial kita mendedahkan kita kepada amat banyak maklumat secara berterusan. Ini menimbulkan kesukaran untuk kita bersifat peka ataupun sedar dalam hidup seharian kita. Ini boleh memberi kesan buruk kepada kesejahteraan kita. Berikut adalah beberapa amalan yang boleh dilakukan supaya anda sentiasa peka dengan aktiviti anda di media social.
• Berhati-hati dengan siapa yang anda ikuti.
Akaun siapa yang membuat anda berasa marah dan sinis tentang dunia? Yang membuat anda rasa tidak selamat atau iri hati? Luangkan masa untuk melihat senarai orang/akaun yang anda mengikuti, dan perhatikan perasaan anda terhadap setiap akaun, sama ada ia platform berita, “influencer” atau rakan. Tinggalkan atau “unfollow” akaun yang bersifat negatif, supaya anda ada lebih ruang dan masa untuk akaun yang positif.
• Tetapkan niat anda
Sebelum anda klik secara automatik pada sesuatu aplikasi, tanya diri anda: mengapa anda ingin membuka aplikasi ini, dan bagaimanakah saya akan respon pada hantaran yang saya lihat? Ini akan membolehkan anda mengenali bila anda hanya memakai media sosial untuk membuang masa dan mengelakkan emosi negatif diri sendiri, dan bila anda menggunakan media sosial untuk berinteraksi secara positif.
• Perhatikan pemikiran anda
Apabila anda membaca atau melihat hantaran yang keluar di feed anda, peka dengan perasaan yang bermain di fikiran anda. Adakah anda mencipta cerita sendiri di sebalik apa yang anda lihat? Adakah anda menilai seseorang itu secara negatif berdasarkan cerita rekaan tersebut? Ataupun adakah cerita tersebut merendahkan keyakinan diri anda? Tanyalah diri anda apakah perasaan yang tertimbul, dan mengapa anda merasa begitu. Walaupun ia perasaan yang negatif, jangan melawannya. Cuba bersabar dan fikirkan mengapa perasaan itu tertimbul dengan hantaran tertentu.
• Ketahui cara menangani komen negatif
Memuat naik pemikiran, gambar atau hasil ciptaan anda boleh meresahkan anda kerana mesti ada seseorang yang akan menilai atau meninggalkan komen negatif. Sama ada mereka sengaja ingin menyakiti anda ataupun mereka hanya tidak bersetuju dengan anda, ada cara untuk menghadapi situasi ini dengan tenang dan bijak. Cuba untuk tidak mengambil komen negatif secara peribadi. Kebanyakan masa, komen negatif lebih mencerminkan sikap orang yang meninggalkannya, bukan orang yang menerimanya. Anda mungkin berasa buruk tentang diri anda, tetapi ingat bahawa mereka bercakap berdasarkan perasaan, kepercayaan, dan pandangan dunia mereka sendiri. Bawa bertenang, tarik nafas, dan berfikir sebelum membalas. Tanya diri anda jika apa yang mereka katakan adalah benar. Sekiranya komen memberikan kritikan yang sah, anda mungkin dapat mempelajari sesuatu yang baru. Tapi jika orang yang memberi komen itu hanya ingin memberi kutukan secara tidak adil dan sikap yang negatif, anda tidak perlu memperdulikannya.
Kesimpulannya, penggunaan media sosial ini mendatangkan pelbagai kebaikan dan keburukan kepada golongan remaja. Namun impak negatif yang wujud harus diberi perhatian yang serius oleh pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap laman sesawang sosial yang tidak bertanggungjawab. Sebagai manusia yang berakal pastinya kita perlu menangkis setiap perkara yang buruk. Pepatah ada mengatakan bahawa “mencegah itu lebih baik daripada mengubati”. Masyarakat juga perlu mempunyai disiplin dan ketahanan diri bagi mengubah corak kehidupan dengan menggunakan laman sosial yang sedia ada untuk kegunaan yang lebih baik dan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Hal ini, demikian kerana diharapkan dapat meningkatkan kecekapan minda masyarakat supaya menjadi minda masyarakat kelas pertama. Masyarakat juga perlu memastikan penggunaan teknologi ini dapat diseimbangkan tanpa berlaku pengeksploitasian dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia.
Buku
. Aina Umairah. 400 Adab Komunikasi Di Media Sosial. 2021. PTS Publishing House.
. Dr. Eni Maryani, DRA., M.SI. Media dan perubahan social. Cet-1, Januari 2011. Kota Surarkarta (SOLO) - Laweyan, Jawa Tengah, ID.
. Dr Rulli Nasrullah, M.Si. Media Sosial Perspektif Komunikasi, Budaya dan Sosioteknologi. 2015. Jakarta Indonesia. Simbiosa Rekatama Media
Internet
. https://www.scribd.com/doc/68067696/CARA-Mengatasi-Masalah-Penggunaan-Internet
. http://bmspmnirmala.blogspot.my/2013/03/peranan-ibu-bapa-dalam-mengatasi.html
. http://www.bantuaninfotekno.net/2015/09/dampak-sosial-media-dan-mengatasinya.html
. http://www.slideshare.net/seetiiiena/media-sosial-48553428
http://www.bharian.com.my/node/2040
BIL PERKARA 1 Penghargaan 2 Pengenalan 3 Objektif 4 Jenis-jenis media sosial 5 Kebaikan media sosial 6 Keburukan media sosial ...