Tuesday, 28 December 2021

INDEKS / ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA

1 Penghargaan

2 Pengenalan

3 Objektif

4 Jenis-jenis media sosial

5 Kebaikan media sosial

6 Keburukan media sosial

7 Cara menggunakan media sosial

8 Kesimpulan

9 Rujukan

10 Lampiran


PENGHARGAAN

 Saya Thineshni a/p Thiyagarajan ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Dina bt Abdul Khalik iaitu pensyarah kami untuk matapelajaran Nilai Masyarakat Malaysia (MPU23042), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada saya. Beliau juga banyak membantu saya sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Selain itu, beliau juga memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar cara–cara membuat kerja kursus mengikut kriteria yang ditetapkan. Beliau turut membantu menyemak data, laporan dan membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang. Akhir kata saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali.

PENGENALAN

 Media merupakan alat atau pengantara dalam komunikasi ataupun perhubungan. Manakala sosial bermaksud segala hal yang berkaitan dengan kemasyarakatan (Teuku Iskandar, 2007). Oleh itu, media sosial secara mudahnya membawa erti instrument sosial dalam berkomunikasi dan juga media sosial mendefinisikan sebagai sebuah kelompok aplikasi berasaskan internet yang membangun di atas dasar ideologi dan teknologi web dan yang memungkinkan penciptaan dan pertukaran user-generated content.

 Secara umumnya saya membahagikan E-folio ini kepada beberapa bahagian dan aspek untuk kefahaman semua.Pertama sekali , pengenalan secara keseluruhan tentang tajuk saya iaitu kebaikan dan keburukan media sosial. Seterusnya, diikuti dengan jenis-jenis media sosial, kebaikan dan keburukan media sosial.

OBJEKTIF

 Objektif tugasan ini ialah :

Mengenal pasti tahap pemahaman pelajar tentang media sosial.

Menerangkan tentang kebaikan dan keburukan penglibatan masyarakat dalam media sosial.

Menentukan pengaruh media sosial dalam kehidupan generasi kini.

Menentukan pengaruh internet sebagai salah satu faktor berlakunya media sosial.

Menerangkan cara menangani masalah media sosial.





KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MEDIA SOSIAL

  Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 media mendefiniskan sebagai alat komunikasi atau alat perhubungan seperti radio, televisyen dan surat khabar. 

 Sosial ialah kata yang merujuk kepada hal-hal yang berkaitan masyarakat atau kemasyarakatan. 

Oleh itu, media sosial membawa erti instrumen sosial dalam berkomunikasi. Media sosial adalah sebuah media atas talian dan penggunaanya dengan mudah boleh berkomunikasi dengan cara atau melalui blog-blog, wiki, forum dan jejaring sosial. Jenis-jenis media sosial yang terdapat ialah facebook, whatsapp, google+, hangouts, twitter, Instagram ,wechat, kakaotalk, flickr, Deviantart, habbo, telegram, snapchat, skype, youtube, netflix, linkedin dan lain-lain. 







STATISTIK MEDIA SOSIAL

 Jumlah pengguna Internet di negara ini menunjukkan peningkatan kepada 25.08 juta pengguna, mewakili 79 peratus penduduk Malaysia. Daripada jumlah berkenaan 75 peratus menggunakan perkhidmatan media sosial dan memperuntukkan purata tiga jam sehari di laman media sosial. Kajian terbabit adalah sebahagian daripada hasil Laporan Digital 2018 yang dikeluarkan Hootsuit dan We Are Social. Laporan berkenaan turut mendedahkan jumlah pengguna Internet meningkat sembilan peratus berbanding tahun lalu, menjadikan Malaysia sebagai negara ke-9 dunia paling aktif di laman sosial. Malaysia juga berada di tangga ke-5 dunia dari segi pengunaan e-dagang terbanyak, dengan 40 peratus penduduk Malaysia pernah mengadakan transaksi atas talian. Ini merupakan kali ketujuh laporan berkenaan diterbitkan. Secara keseluruhannya, penguna internet sudah telah mencecah lebih empat bilion di seluruh dunia. Ia meningkat kepada tujuh peratus sejak 12 bulan yang lalu, mewakili 53 peratus daripada populasi dunia. Penggunaan sosial media secara global pula mencecah 3.196 bilion pengguna, meningkat 13 peratus sejak 12 bulan. Selain itu, pengguna media sosial secara mudah alih pula meningkat 14 peratus berbanding tahun lepas kepada 2.958 bilion pengguna dengan 93 peratus mengakses sosial media melalui telefon pintar.


Malaysia berada di tangga ke-5 dunia dari segi pengunaan e-dagang terbanyak, dengan 40 peratus penduduk Malaysia pernah mengadakan transaksi atas talian. Sumber : Hootsuite 


KEBAIKAN MEDIA SOSIAL

 Pada era globalisasi ini, kemajuan teknologi yang merentas masa dan jarak yang dahulunya mustahil tetapi kini tidak lagi telah mewujudkan pelbagai teknologi yang berkait rapat dengan kehidupan kita. Antaranya adalah laman media sosial di mana kita boleh bersosial atau berhubung dengan seseorang dengan hanya menggunakan teknologi seperti telefon pintar dan jalur lebar pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Corak perhubungan manusia sudah tiada penghalang kerana kita mampu menghubungi secara "real time" atau bermaksud masa sebenar hasil daripada kemajuan aplikasi yang dibangunkan bagi memudahkan komunikasi dan perhubungan antara manusia. Pewujudan aplikasi-aplikasi sosial media ini telah memberi pelbagai faedah kepada pengguna-penggunanya.

Dapat berhubung dengan kenalan

Kebaikan utama menggunakan laman sosial adalah kita dapat berhubung dengan kenalan kita dan juga mendapat kenalan baru. Laman sosial seperti Facebook telah memberikan satu dimensi baru dalam bersosial antara manusia di mana kita boleh berkawan dengan rakan kita dan boleh berkongsi apa yang kita merasakan sesuai seperti gambar. la boleh menjadi tempat di mana satu hari atau detik istimewa dalam hidup kita untuk dikongsikan di laman sosial dan boleh disimpan serta dilihat semula kelak sebagai memori kita. Panggilan video melalui aplikasi seperti Whatsapp juga telah membolehkan kita berinteraksi secara bersemuka dengan kenalan kita tidak kira di mana kita berada selagi kita mempunyai sambungan jalur lebar. Oleh itu, media sosial telah memudahkan cara komunikasi antara kita tidak kira ahli keluarga, rakanrakan sekolah atau rakan sekerja kita.

Dapat menambah pengetahuan

Selain itu, media sosial amat berfaedah kepada kita kerana mampu menambah pengetahuan kita dari segi pelbagai perkara. Pengguna dapat bertukar pandangan, cadangan dan berkongsi ilmu baru melalui rangkaian alam maya ini. Agensi wartawan atau berita juga telah menggunakan media sosial di mana berita-berita terkini atau isu terkini dapat disampaikan secara terus tapa menunggu siaran berita di televisyen. Tambahan pula, perkongsian ilmu di laman sosial tidak terhad kepada penulisan sahaja, pendekatan seperti video telah menjadikan  laman sosial lebih interaktif dan bermanfaat kepada kita. Laut ditimba tak akan kering, begitulah perumpamaan peribahasa Melayu di mana pengajian ilmu pengetahuan itu tidak akan habis selagi hayat dikandung badan.

Dapat memberikan dimensi baru dalam bidang perniagaan

Media sosial juga telah memberikan dimensi baru dalam bidang perniagaan di mana promosi dan produk dapat diketengahkan kepada golongan sasaran menggunakan kos yang lebih rendah dan mudah. Jika dahulu kos pengiklanan di televisyen atau papan tanda di jalan raya boleh mencecah ribuan ringgit tetapi kemudahan teknologi har ini hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya pengusaha-pengusaha dalam menguasai cara atau ilmu mempromosi produk menggunakan media sosial. Pengusaha hendaklah kreatif dalam menyampaikan imej produk mereka dan boleh berkongsi testimoni-testimoni daripada pelanggan terdahulu tentang produk anda sebagai strategi mempromosi produk di laman sosial media.

Dapat mencari kenalan baru

Melalui media sosial juga, kita boleh mencari kenalan baru yang berkongsi hobi atau minat yang sama. Sebagai contoh, ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak mereka menyertai kumpulan atau aktiviti seperti berbasikal yang dianjurkan oleh kelab atau persendirian di laman sosial media. Mereka boleh mengikuti perkembangan anak-anak mereka yang berbasikal dengan perkongsian gambar atau video oleh penganjur kelab tersebut di mana ibu bapa akan menjadi lebih tenang dalam memastikan anak-anak mereka meluangkan masa dalam perkara yang bermanfaat. Sekiranya minat anak-anak dalam hobi yang sihat menjadi semakin berkembang maka ibu bapa wajar menyokong dan menggunakan platform media sosial in untuk berkongsi bakat mereka kerana mampu menjana pendapatan sampingan atau menarik minat penaja.

Kesimpulannya, penggunaan media sosial dengan bijak mampu memberikan kebaikan yang berganda kepada kehidupan kita. Penerapan etika yang baik dan mempelajari pendekatan interaktif dalam aplikasi-aplikasi media sosial adalah perkara utama dalam memanfaatkan laman media sosial. Maka, setiap pihak terutamanya ibu bapa hendaklah bersama-sama celik ilmu dalam menggunakan sosial media agar anak-anak juga memanfaatkan penggunaannya  dengan sebaik mungkin. Seperti peribahasa Melayu, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi yang membawa maksud jika ibu bapa menunujukkan teladan baik maka baiklah perangai anakanak mereka jika sebaliknya maka buruklah akibatnya.


 


 


INDEKS / ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA 1 Penghargaan 2 Pengenalan 3 Objektif 4 Jenis-jenis media sosial 5 Kebaikan media sosial 6 Keburukan media sosial ...